Search

Memang antara rutin saya untuk menjadi yang terakh...

  • Share this:

Memang antara rutin saya untuk menjadi yang terakhir untuk beredar jika saya menjadi komiti. Usai program beberapa minggu lalu, saya merupakan orang yang terakhir keluar daripada dewan. Jadi adalah tanggungjawab saya untuk memastikan semua dalam keadaan yang bersih seperti sebelum digunakan. Antara yang saya jumpa ialah helaian kertas ini. Ya, ini merupakan teks pengacara majlis.
.
Amat menyedihkan kerana helaian kertas ini ditinggalkan oleh pengacara majlis begitu sahaja. Saya yakin jika beliau mengetahui betapa peritnya menyiapkan teks ini, beliau tidak akan sesekali meninggalkannya. Teks pengacara majlis ini juga adalah salah satu daripada aspek yang sangat penting dalam bidang pengacaraan. Juga menulis dan menyiapkannya memerlukan ilmu yang betul, tidak boleh sesuka hati sahaja. Perlu mengambil kira beberapa aspek seperti protokol, salutasi dan sebagainya.
.
Menjadi seorang pengacara majlis bukanlah sekadar membaca teks yang disediakan, bahkan lebih dari itu. Daripada menyelami tentatif dan perjalanan program sehinggalah menggunakan ton suara yang bersesuaian dengan majlis. Ada individu yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk mendalami ilmu dalam bidang yang dianggap senang ini. Jadi, saya menyeru rakan-rakan sekalian, hargailah setiap apa yang diberikan kepada kita, hatta sehelai kertas yang dipakai dalam hanya satu majlis.
.
Afiq Danial Amir
Certified Professional Host
.
Keep fighting 👊🏻
.
#afiqdanialamir #afiqdanialemcee #CertifiedProfessionalHost


Tags:

About author
not provided
Facilitator | Speaker | SY Trainers 3.0 | Freelancer | Emcee | PM for enquiries
View all posts